-Tarikan Utama Pengunjung Ke Pulau Aman-
Bagi anda yang penggemar makanan laut, anda harus mencuba merasainya di sini pula. Tarikan utama pengunjung saban hari ke Pulau Aman adalah keenakan mee udang di sini selain sajian makanan laut lain seperti ketam, udang lipan, kepah dan lain - lain yang baru di tangkap nelayan.
![]() |
Mee Udang merupakan tarikan utama disini. sumber: http://www.sobriyaacob.com/2014/01/penang-trip-pulau-aman-pulau-pinang_19.html |
![]() |
Makanan laut seperti udang lipan juga mendapat permintaan yang tinggi walaupun harganya mahal. sumber: http://www.sobriyaacob.com/2014/01/penang-trip-pulau-aman-pulau-pinang_19.html |
![]() |
Terdapat pakej sewaan bot jika ingin memancing di sekeliling Pulau Aman dan Pulau Gedung. sumber: http://rodlentuk.blogspot.my/ |
![]() |
Jenahak merupakan antara ikan yang boleh dicari oleh kaki pancing di sini. sumber: http://rodlentuk.blogspot.my/ |
Antara pokok buah-buahan yang mendominasi kawasan penempatan di Pulau Aman ialah Pokok Sukun kerana hampir setiap rumah penduduk ditanam dengan pokok jenis ini.Dalam perjalanan saya ke Telaga Emas, saya secara tidak sengaja menemui sebatang Pokok Sukun yang diiktiraf sebagai Pokok Sukun tertua di Malaysia. Pokok Sukun ini telah ditanam pada tahun 1890 oleh seorang guru Al-Quran di Pulau Aman, Tok Awang Bin Akib. Walaupun usia pokok ini telah mencapai 120 tahun, ia masih mampu untuk mengeluarkan buah dalam kuantiti yang banyak. sumber: http://mohdfarid87.blogspot.my/2010/12/zoom-malaysia-pulau-aman.html
![]() |
Merupakan Pokok Sukun Tertua di Malaysia. Kerepek Sukun Pulau Aman menjadi kegemaran pengunjung yang datang ke sini. |
Telaga Emas mula ditemui pada tahun 1789 setelah seorang penduduk yang sedang menggali telaga mendakwa telah menemui sebuah tempayan emas yang kemudiannya bertukar menjadi batu berwarna emas. Namun, analisis yang dilakukan pemerintahan British ketika itu mendapati batu tersebut hanyalah batu biasa yang berwarna emas (Sila klik pada gambar jika ingin membaca sejarah lanjut Telaga Emas). Antara keunikan telaga ini adalah, air tawar dalam telaga dengan air masin daripada laut tidak bercampur walaupun kedudukannya hanya bersebelahan diantara satu sama lain. sumber: http://mohdfarid87.blogspot.my/2010/12/zoom-malaysia-pulau-aman.html
Bagi mereka yang ingin mencari ketenangan atau lokasi yang jauh dari kesibukan bandar, Pulau Aman merupakan antara lokasi terbaik dan bajet. Tanpa kenderaan bermotor anda hanya perlu menggunakan kedua belah kaki antara untuk ke satu - satu tempat. Mereka yang ingin merehatkan minda bersama keluarga juga boleh menginap di chalet, homestay atau hotel bajet yang terdapat di sini dengan kadar sewa yang berpatutan. Kempen seperti perkhemahan juga boleh diadakan di sini dan terdapat tapak berkhemah di sediakan.
No comments:
Post a Comment